PENGENALAN PPDa


VISI SEKOLAH
Warga Sekolah Bebas Dari Pengaruh Rokok, Dadah, Inhalan, Alkohol dan HIV Aids serta Merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 



MISI SEKOLAH
Merancang dan melaksakan program-program yang berupaya mempengaruhi warga sekolah untuk menjauhkan diri serta bebas dari rokok, dadah, inhalan, alkohol, dan HIV Aids



OBJEKTIF
1.Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.


2. Membangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi,mental dan rohani.


3. Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah.


4. Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.


5. Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.




FUNGSI

Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.


Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.


Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.


Pengurusan Hubungan Luar



IKRAR ANTI DADAH


Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah Pada Setiap Masa Dengan: Memenuhi Masa Lapang Dengan Kerja-Kerja Yang Berfaedah; Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti Yang Berguna Dan Berfungsi Kepada Masyarakat; Menjadi Rakyat Berilmu, Berakhlak Mulia Dan Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas; Menyediakan Diri Untuk Mengisi Keperluan Wawasan, Dan; Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia Dari Ancaman Dadah.

No comments:

Post a Comment